Objekti Praktikum

  1. Menyediakan Jadual Kerja Pelaksanaan Praktikum bagi semua program latihan perguruan yang melibatkan semua aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah, Praktikum dan Internship selaras dengan arahan IPGM.
  2. Menguruskan penempatan pelajar yang akan terlibat dengan Pengalaman Berasaskan Sekolah, Praktikum dan Internship ke institusi pendidikan yang berkenaan.
  3. Menguruskan penempatan pensyarah penyelia mengikut pengkhususan dan kepakaran untuk membimbing dan menyelia pelajar yang menjalani praktikum.
  4. Menguruskan pencalonan dan perlantikan guru pembimbing yang melibatkan surat menyurat dengan Jabatan Pendidikan Negeri.
  5. Menguruskan penyediaan bahan-bahan bercetak dan edaran lain yang berkaitan untuk diedarkan kepada pelajar, pensyarah penyelia, guru pembimbing dan pihak pengurusan institusi pendidikan yang terlibat dengan Pengalaman Berasaskan Sekolah, Praktikum dan Internship.
  6. Bekerjasama dengan Pejabat Pelajaran Daerah dalam pengurusan taklimat pelaksanaan program Pengalaman Berasaskan Sekolah, Praktikum dan Internship untuk pengurus sekolah.
  7. Bekerjasama dengan Pejabat Pelajaran Daerah dalam pengurusan taklimat dan mesyuarat penyelarasan penyeliaan praktikum untuk guru pembimbing dan penyeliaan internship untuk mentor.
  8. Mengendalikan bengkel penyediaan portfolio Praktikum dan Internship untuk pelajar.
  9. Mengendalian taklimat Pengalaman Berasaskan Sekolah, Praktikum dan Internship kepada pelajar dan pensyarah penyelia.
  10. Merancang dan memantau kehadiran Pengalaman Berasaskan Sekolah, Praktikum dan Internship untuk mengenalpasti pelajar yang  dikehendaki mengulang dan melengkapkan bilangan hari praktikum.
  11. Merancang dan memantau aktiviti rentasan bagi mengesahkan pelajar yang gagal dan cemerlang dalam praktikum.
  12. Menyediakan jadual serahan markah dan dokumen-dokumen praktikum daripada pensyarah penyelia.
  13. Merancang dan memantau pelaksanaan bengkel refleksi dalam minggu pertama selepas tamatnya praktikum.
  14. Menyediakan laporan kes-kes gagal, penangguhan, melengkap dan mengulang Praktikum dan Internship.
  15. Menguruskan Mesyuarat JKIAIPG untuk pengesahan kehadiran dan keputusan praktikum dan internship sebelum menyerahkannya kepada Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian.
  16. Membuat penganalisisan data maklum balas perlaksanaan Praktikum dan Internship untuk mengenalpasti tindakan, pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan yang perlu dirancang dan dilaksanakan.
  17. Menguruskan pembayaran elaun guru pembimbing
  18. Menyediakan Laporan Penilaian Perancangan Tahunan Unit Praktikum
  19. Menyediakan Laporan Perancangan Tahunan Unit Praktikum
  20. Menyediakan Laporan Tahunan Unit Praktikum yang merangkumi aktiviti/program, rumusan kehadiran, analisis keputusan, laporan pemantauan dan analisis refleksi.