P
26/05/2010 23:411
PENCERAPAN KLINIKAL
1. Konsep
Pencerapan klinikal merupakan proses penyeliaan yang merangkumi prapemerhatian, pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan data dari pemerhatian, penganalisisan tingkah laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran.
2. Objektif
Pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan pelajar bersama-sama berusaha:
(i) memperbaiki kelemahan pengajaran/pembelajaran,
(ii) memperkembangkan potensi dan kemahiran
3. Lingkaran Pencerapan Klinikal
4. Langkah-Langkah Dalam Pencerapan Klinikal
A. Sidang Prapemerhatian
A. SIDANG PRAPEMERHATIAN
menjalinkan perhubungan menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran meramalkan hasil pembelajaran menentukan fokus pemerhatian
B. PEMERHATIAN
memerhati pengajaran guru membuat catatan membuat huraian
E. ANALISIS SIDANG
PASCA PEMERHATIAN
membuat refleksi dan menganalisis sidang pasca pemerhatian
C. ANALISIS
mengkategorikan data menentukan strategi sidang pasca pemerhatian memikirkan soalan yang akan dikemukakan kepada pelajar
D. SIDANG PASCA PEMERHATIAN
berbincang berdasarkan data membuat kesimpulan mengenal pasti strategi seterusnya
2
Peringkat ini bertujuan mewujudkan kefahaman yang menyeluruh (kerangka mental) dan langkah-langkah (prosedur) bagi setiap peringkat pencerapan yang akan berlaku. Pembimbing perlu berusaha menjalinkan perhubungan dan menyakinkan pelajar bahawa tujuannya adalah untuk membantu beliau dalam aspek-aspek profesional. Peringkat ini juga digunakan untuk menentukan fokus pemerhatian yang dipersetujui bersama.
B. Pemerhatian
Dalam peringkat ini pembimbing memerhati pengajaran yang disampaikan oleh pelajar dan membuat catatan (data). Pembimbing juga menyediakan huraian data bagi membantunya semasa sesi bimbingan. Pemerhatian dilakukan sepanjang waktu pengajaran bagi mata pelajaran berkenaan.
C. Analisis
Langkah ini melibatkan pensyarah pembimbing/guru pembimbing dan pelajar dengan tujuan:
(i) menjelaskan apa yang telah dicatat semasa pemerhatian dengan memberi fokus kepada apa yang telah dipersetujui.
(ii) merancang strategi pencerapan yang akan dikendalikan.
Pembimbing mengkategorikan data, menyediakan strategi tindakan sidang pasca pemerhatian, soalan dan kesimpulan.
D. Sidang Pasca Pemerhatian
Dalam sidang ini pensyarah pembimbing/guru pembimbing berbincang dengan pelajar tentang pengajaran dengan
- merujuk kepada perkara-perkara (episod-episod) tertentu dalam pelajaran.
- mencari penerangan atau penjelasan.
- mengenal pasti alternatif.
E. Analisis Sidang Pasca Pemerhatian
Langkah ini melibatkan pensyarah pembimbing/guru pembimbing menganalisis sidang pasca pemerhatian bagi mengkaji semula strategi pencerapan dan membuat penilaian kendiri.
———
Back